Adik kepada pengacara terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah bersama ibunya Noor Kartini.
Berita ini telah dikongsi oleh Ibu kepada adik-beradik ini di laman Instagram miliknya.
Noor Kartini juga menulis di kapsyen, memohon maaf kepada semua jika tersalah tutur kata dan doakan perjalanan mereka ke sana.
“Bismmilahhirohmanirohim.. Dengan nama Allah yang maha pengaseh dan maha penyayang, saya bersama anak saya little miss khan akan menunaikan umrah…
“Jika ada salah silap tutur kata atau perbuatan yang menyinggung sesiapa sahaja kami mohon maaf, dan doakan perjalanan dan ibadah kami. Sayang semua”, katanya lagi.
Rata-rata komen netizen juga turut mendoakan perjalanan mereka ke sana dan berharap agar urusan ibadah mereka berjalan dengan lancar.
Sumber: Instagram @NoorKartini