Pelakon kacak Alvin Chong akui pernah ditolak pihak produksi untuk sebuah filem aksi kerana dia memiliki wajah ‘lelaki baik’.
Menurutnya, dia akui kecewa dengan perkara tersebut kerana dia mahu mencabar dirinya untuk membawa watak yang lebih berat.
“Saya pernah pergi uji bakat untuk sebuah filem aksi bagi watak polis atau tentera.
“Pada mulanya mereka cakap lakonan okey, tetapi pengarah cakap muka terlalu baik, jadi saya tak dapat,” katanya.
Dalam pada itu, watak berat adalah sasarannya kini selepas kerap diberikan watak yang lebih kurang sama sahaja.
“Setakat ini, watak yang saya dapat semuanya lebih kurang sama, iaitu hero kacak dan baik.
“Saya menanti juga watak yang lebih mencabar, tetapi rezeki itu masih belum dapat.
“Saya teringin juga watak lelaki psiko dalam naskhah ‘serial killer’, namun belum dapat lagi sebab orang nampak saya macam budak baik,” tambahnya.
Sumber: Kosmo