‘Allah Macam Buka Hijab’ - Puteri Sarah Buat Solat Tahajud, Allah Tunjuk Semua Dalam Masa Seminggu

Kisah rumah tangga milik pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof kini sedang hangat diperkatakan. 

Menerusi Live Instagram Puteri Sarah bersama Neelofa baru-baru ini telah mendedahkan yang Puteri Sarah mengambil masa selama seminggu selepas membuat solat tahajud untuk memohon petunjuk tentang rumah tangganya.

 

@amyqashrina ASBAB solat TAHAJUD Allah tunjuk semua perbuatan suami A#syamsulyusof #neelofa #puterisarahliyana #puterisarah #viral ♬ original sound - Amy Qashrina II - Amy Qashrina Legacy

“Dalam masa seminggu je Allah tunjuk semua. Macam Allah buka hijab saya. Macam CSI, zing dapat tahu”, katanya kepada Neelofa. 

Neelofa juga ada bertanya tentang cara berdoa dengan betul bagi mendapatkan petunjuk daripada Yang Maha Berkuasa.

“Berdoa kena cara yang betul. Contohnya, sebelum ini saya selalu berdoa ‘Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, berikan aku kekuatan’. Bila kita minta kekuatan, memang Allah akan bagi kita ujian banyak-banyak. Sebab Allah nak uji kita. Bila Allah bagi ujian, kita kuat. Memang itu saya dapat.

“Sepatutnya, kita berdoa, ‘Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, berikan aku kesabaran dan ketenangan untuk menghadapi segala masalah yang ada’. Barulah kita tenang dan sabar. Masa kita minta kita kuat, yes memang saya dapat kekuatan tapi betul-betul Allah uji”, katanya Puteri Sarah lagi. 

Rata-rata komen netizen memuji Puteri Sarah kerana tetap kuat dan mereka mendoakan segala urusan Puteri Sarah dipermudahkan. 

‘allah macam buka hijab’ - puteri sarah buat solat tahajud, allah tunjuk semua dalam masa seminggu

Sumber: Tiktok @amyqashrina