Tak Dapat Sambut Hari Jadi, Aliff Aziz Rindu Nak Bersama Anak

“Daddy rindu Adrean dan jangan biarkan orang lain berkata sebaliknya.”

Itulah ucapan penyanyi Aliff Aziz sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ayden Adrean. 

Menurutnya, jauh di sudut hatinya mahu meluangkan masa bersama anak kesayangannya itu namun kini dia hanya mampu menitipkan doa dari jauh sahaja. 

“Tujuh tahun lalu, kelahiran awak membawa sinar kebahagiaan dalam hidup Daddy. Selamat hari jadi Ayden.

 

 

“Kasih sayang daddy melebihi daripada apa yang awak bayangkan. Semoga terus membesar menjadi nak yang bijak dan kacak.

“Minta maaf kerana tak dapat bersama pada hari istimewa ini tetapi doa daddy akan terus mengiringi ke mana sahaja Ayden berada,” katanya. 

Bukan itu sahaja, Aliff juga sempat menghantar hadiah buat anaknya itu. 

“Daddy sangat sayang Ayden! Harap suka dengan pemberian kecil daripada daddy dan orang lain kepada awak.

“Semoga dapat bertemu Ayden dan adik  tidak lama lagi, insya-Allah,” tambahnya.

Sumber: Kosmo