Azmi Rais peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof semalam telah mengesahkan anak guamnya itu telah menfailkan cerai terharap isteri, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
“Ya, Syamsul sudah failkan cerai pada pukul 2 petang tadi. Alasannya, tiada persefahaman.
“Saya akan maklumkan maklumat mengenai sebutan seterusnya dan sahkan tarikh sebutan kemudian,” katanya.
Kecoh sebelum ini mengenai keretakan rumah tangga mereka pada Oktober tahun lalu namun tiada sebarang kenyataan yang diberikan oleh kedua-dua pihak.
Selain daripada itu, Ira juga dikatakan sedang hamil anak sulungnya bersama Syamsul namun sehingga hari ini tiada sebarang pengesahan daripada mereka.
Sumber: Kosmo