Aisyah Hijanah Tidak Mahu Ulas Isu Tuntutan Cerai Terhadap Alif Teega

Pempengaruh Aisyah Hijanah baru-baru ini telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya Alif Teega. 

Aisyah dipercayai berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

Menurut laporan, Aisyah berkata keputusan tersebut adalah satu ujian yang berat buat dirinya selain meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya. 

“Dari bulan lepas sebenarnya (fail cerai). Doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” katanya.

Namun sehingga kini, Aisyah tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai tindakannya itu. 

“Saya tak nak berkongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan orang ramai.

“Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa,” katanya.

Sumber: Kosmo