Penyanyi yang berbakat besar, Aina Abdul lagi sekali berjaya memukau orang ramai apabila dia dilihat meneruskan nyanyian walaupun tanpa muzik. Dengan suaranya yang lunak dan sedap itu, ramai netizen yang memuji dengan suara Aina.
![aina abdul bertindak profesional, muzik tiba-tiba hilang teruskan nyanyi seperti biasa](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-11-16-at-9-13-57-am.png)
Menerusi video yang dikongsi oleh @fayadgojez di laman akaun Tiktok miliknya, Aina kelihatan sedang mendendangkan sebuah lagu dari Krisdayanti dan Melly Goeslaw ‘Cinta’.
Apa yang menariknya, secara tiba-tiba muzik terhenti dan Aina dilihat tidak gopoh dan terus bertindak profesional dengan meneruskan nyanyiannya walaupun tanpa muzik.
“Truly a professional singer, she’s the music herself”, salah satu komen yang diberikan oleh peminatnya.
![aina abdul bertindak profesional, muzik tiba-tiba hilang teruskan nyanyi seperti biasa](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-11-16-at-9-14-16-am.png)
Sumber: Tiktok @fayadgojez