“Kami Tersangkut Dalam Kapal Terbang Selama Lapan Jam” - Aiman Tino Terkandas Di Seoul Akibat Salji Tebal

Cuaca buruk akibat salji tebal, penyanyi Aiman Tino terkandas di Seoul, Korea Selatan selepas penerbangan pulang ke Malaysia dibatalkan.

 

Menurutnya, dia dan isteri bersama penumpang lain terpaksa duduk di dalam pesawat selama lapan jam sebelum dibenarkan kembali ke masuk ke lapangan terbang.

 

“Tiba-tiba rasa seram pulak. Sepatutnya hari ini kami balik (Rabu), nak jadikan cerita kami dah masuk kapal terbang dari pukul 11 pagi tapi tiba-tiba ditangguhkan.

 

“Kami tersangkut dalam kapal terbang lapan jam dan diberitahu tentang cuaca Seoul sekarang agak teruk,” katanya menerusi Insta Story.

 

 

 

 

Lebih menyedihkan selepas mereka terpaksa menahan lapar hampir seharian disebabkan mengejar penerbangan tersebut.

 

“Yang menyedihkan lagi hari ini saya dan isteri tak sempat sarapan sebab terpaksa berbegas dari hotel terus ke lapangan terbang.

 

“Sampai sekarang kami tak makan lagi. Nasib baik mereka bagi kacang dan sandwich, dapat juga alas perut sikit tapi sekarang tengah lapar,” ujarnya.


 

Sumber: Kosmo