Aiman Tino Sambut Hari Jadi Dengan Kekasih Baru?

Kecoh baru-baru ini, sambutan hari jadi penyanyi Aiman Tino bersama seorang wanita telah menarik perhatian netizen. 

Sebuah video yang dikongsi di akaun Tiktok @Syereheife, menunjukkan Aiman berada di dalam sebuah kereta sambil tersenyum meniup lilin pada manisan coklat.

 

@syereheife The best🏆🤍 #fyp ♬ Sempurna - DENII

Apa yang menariknya, ternampak kelibat seorang wanita yang turut berada di dalam kereta tersebut sekaligus membuatkan ramai peminat tertanya-tanya siapakah gerangannya?

“Mulakan tahun 2023 dengan insan yang saya jumpa pada 2019,” tulis kapsyen nya. 

Rata-rata komen netizen turut merasa gembira kepada Aiman Tino kerana telah mempunyai teman wanita. Namun, hingga kini Aiman Tino masih tidak memberi sebarang komen tentang hal ini. 

Sumber: Kosmo