“Semoga Tahun 2025 Akan Lebih Baik” - Adam Lee Patah Tulang Leher

Pelakon Adam Lee baru-baru ini terpaksa menerima rawatan selepas mengalami kecederaan pada bahagian leher. 

 

“Tulang leher patah pula. Tidak mengapa, semoga tahun 2025 akan lebih baik dari tahun ini.

 

“Ingat pesan ibu, saya kuat dan kena kuat,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

 

Adam turut menegaskan bahawa perkara itu bukanlah lakonan sebaliknya kejadian sebenar.

 

Namun, Adam tidak mendedahkan punca atau kejadian yang mengakibatkan kecederaan tersebut.

 

Sumber: Kosmo