“Mummy Dah Bayar Hutang?” - Anak Che Ta Sedih Tengok Ibunya Dikecam

Anak kepada pelakon Rozita Che Wan yang baru berusia 10 tahun, Aaisyah sudah cukup memahami perasaan ibunya yang kini menjadi mangsa kecaman berhubung kes pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah hampir RM1 juta.

 

Kerisauannya itu telah ditunjukkan menerusi pesanan yang dihantar kepada ibunya menerusi WhatsApp.

 

“mummy dah bayar hutang?” - anak che ta sedih tengok ibunya dikecam

 

“Mummy sudah bayar hutang Mara ke? Jadi sudah tiada apa-apa lagi dengan Mara ke?” soal Aaisyah.

 

Tenang membalas pertanyaan anak bongsunya itu, Che Ta memberitahu dia sudah membayar pinjaman Mara tersebut

 

“Dah! Kenapa sayang. Alhamdulillah?” katanya.

 

“Aaisyah sedih tengok ramai orang mengata mummy. ‘I love you mummy'” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo