Alif Satar Tamatkan Cabaran Ironman Langkawi 2019 Dalam Masa 15 Jam

 

alif satar tamatkan cabaran ironman langkawi 2019 dalam masa 15 jam

Sebut je nama Alif Satar mesti kita akan teringat akan karismanya beraksi di atas pentas. Tak kira lah sebagai seorang penyanyi mahupun pengacara. Kiranya Alif ni antara artis yang versatile.

Terbaru, Alif Satar mengagumkan seluruh peminatnya apabila beliau berjaya menghabiskan cabaran Ironman Langkawi 2019.

Alif Satar menyempurnakan keseluruhan cabaran iaitu berenang sejauh 3.8km, berbasikal sejauh 180km dan berlari sejauh 42 km dengan catatan masa 15 jam 5 minit 49 saat.

Perghhh! Memang power lah Alif Satar