Jangan Percaya Dan Download Whatsapp Gold!

 

jangan percaya dan download whatsapp gold!

Korang ada terima tak apa-apa link atau maklumat tentang Whatsapp Gold? Kalau ada terima tolong ignore dan jangan layan langsung sebab benda tu sebenarnya satu scam.

Buat masa ini, Whatsapp masih lagi berwarna hijau dan masih belum tukar ke warna emas, perak atau Whatsapp Plus.

Antara penipuan Whatsapp Gold ini adalah kononnya hanya digunakan untuk selebriti ternama sahaja. Kalau korang nak join, korang kena tekan link dan download aplikasi Whatsapp Gold.

Tapi, link tu sebenarnya adalah virus dan malware. Kalau korang tekan je, potensi untuk maklumat diri korang dicuri sangatlah tinggi. So, buat tak tahu je.

Btw, kalau korang dapat mesej untuk download Whatsapp Gold, korang ikut 3 langkah ini:

1. Abaikan apa-apa mesej yang meminta korang untuk download aplikasi melalui link.

2. kalau ter-download, cepat-cepat uninstall dan gunakan antivirus untuk memastikan phone korang selamat,

3. Janagn sesekali download apa-apa program yang dihantar melalui mesej. Pastikan korang hanya download daripada Google Play dan APP Store.

Sumber: Gulf News