Kejadian berlaku di Indonesia, viral di Tiktok apabila seorang wanita dirakam bertindak membaling kerusi ke arah peserta yang sedang menari tarian K-pop dalam sebuah persembahan di pusat beli-belah.
Di dalam video itu, terlihat wanita bertudung merah itu bertindak membaling kerusi plastik berwarna hijau ke atas pentas ketika peserta terbabit sedang membuat persembahannya.
Walau bagaimanapun, kerusi tersebut tidak mengenai peserta itu dan peserta itu juga dilihat tidak berhenti dan meneruskan persembahannya.
Rata-rata komen netizen juga agak tidak berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut dan berharap agar orang lain menghormati persembahan yang diberikan oleh peserta tersebut.
Sumber: Suara.com