Banyak sebenarnya cara untuk atasi masalah kutu rambut ni. Antaranya, cuci rambut hari-hari, potong rambut pendek, gunakan ubat kutu ataupun guna kaedah tradisional seperti sapu minyak kelapa ataupun air lemon ke kulit kepala.
Tapi yang tak fahamnya, kenapa ada yang memilih menggunakan spray nyamuk untuk menghapuskan kutu di kepala. Tahu tak tindakan seperti ini boleh memudaratkan kesihatan?

Baru-baru ini sebuah video dari Indonesia viral di media sosial, menunjukan seorang wanita sedang menyembur racun serangga ke setiap bahagian rambut dan kulit kepala seorang gadis.
"Ini cara mematikan telur-telur kutu. Sederhana tapi bermanfaat," ujar si perakam video.
Tengok ni.
Gunakan kaedah yang lebih selamat untuk menangani masalah kutu rambut ini. Sayangilah nyawa anda!