Tips Jimat Minyak Kereta, Boleh Cuba Untuk Travel

Cuti sekolah pun dah nak mula kan? Mesti anda ada plan nak pergi bercuti jauh kan? Tapi kadang-kadang tu anda pasti terfikir nak sediakan kos untuk minyak kereta. Tapi tahukah anda yang sebenarnya ada cara tau nak jimat minyak kereta. Jimat duit anda nak pergi travel!  

1. Isi minyak pada waktu pagi atau malam

Tidak kira lah anda nak isi pada waktu pagi atau malam, tapi anda perlu pastikan suhu sekeliling anda ketika itu sejuk. Ini adalah kerana kapasiti minyak petrol lebih banyak apabila dalam keadaan sejuk. 

Jika anda sering isi minyak pada waktu tengah hari, pasti anda perasan wap petrol keluar daripada tangki minyak. Jadi untuk elak petrol hilang ditelan angin, isi lah minyak pada awal pagi atau cuaca sejuk.

 

2. Isi minyak secara perlahan

Ini adalah kerana cecair petrol untuk masuk sepenuhnya ke dalam tangki kereta. Ini boleh membantu untuk mengurangkan wap petrol keluar. Kawal pam minyak itu, tarik perlahan-lahan tau.

 

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh

Tak perlu tunggu sampai minyak dah nak habis baru anda nak isi, ini adalah kerana dengan adanya banyak minyak di dalam tangki, lagi sikit kapasiti ruangan udara yang dipenuhi wap. 

 

4. Memeriksa keadaan kereta

Periksa tekanan angin tayar kereta anda. Ini adalah kerana tayar yang kurang angin boleh menyebabkan kereta lebih berat. Ini boleh tambahkan geseran tayar berlebihan dan akan menyebabkan kereta anda makan minyak paling maksimum.

Selain itu, anda perlu sentiasa servis kereta on time. Jika enjin tak maintain dengan baik penggunaan minyak boleh sampai lebih 50%. 

Jaga cara memandu. Secara logiknya ramai yang tahu nak jimat minyak jangan pandu laju sangat. Pada kelajuan 1 km/j kereta akan guna  10% lebih minyak. Pada 105 km/j akan guna 15% lebih minyak dan 110 km/j boleh sampai 25% lebih minyak. 

 

5. Jangan brek secara mengejut

Anda disarankan untuk menekan brek secara perlahan-lahan. Untuk yang selalu tekan emergency brek bukan sahaja makan minyak, tetapi tayar kena makan juga tau!

 

6. Panaskan enjin selama 30 saat sebelum gerak

Ada sesetengah orang akan tekan pedal untuk panaskan enjin tapi tahukah anda yang perkara itu akan membazir minyak. Anda hanya perlu tunggu selama 30 saat untuk panaskan, itu pun dah cukup

 

@directlendingmy Ini tips jimat minyak kereta untuk bantu kurangkan bajet travel 👀 cuti sekolah bolehlah start plan road trip #kereta #carmalaysia #jimatminyak #jimatminyakkereta #petrol #kewangan ♬ Lo-Fi analog beat - Gloveity

Mudah sahaja kan? Anda boleh la guna tips ni untuk travel nanti! 

Sumber: Tiktok @directlendingmy