Teh Pun Ada Banyak Jenis Dan Ini Kebaikan Setiap Teh

teh pun ada banyak jenis dan ini kebaikan setiap teh

 

Bagi peminat teh, mereka mungkin tahu benda ni. Tapi, kalau tak tahu juga, meh kami korangsikan dengan korang jenis-jenis teh dan kebaikkannya.

1. Teh Hijau

Teh ni paling common sekali. Tentunya bila sebut teh hijau mesti korang akan ingat negara Jepun. Kalau korang bercita-cita nak kurangkan berat badan, teh ni sangat sesuai. Tapi dengan syarat, jangan letak gula!

 

2. Teh oolong

Ok, yang ni korang pernah nampak, cuma tak tahu nama je. Teh ni berasal dari China. Dikatakan teh ini mempunyai polyphenol. Fungsi benda alah tu adalah untuk mengawa metabolisme dalam badan.

 

3. Teh mint

Alah, teh ni sebearnya korang bancuh mint then letak lah daun pudina. Setengah orang tak boleh minum sebab rasa seperti ubat gigi. Namun, khasiat teh mint ni boleh melenyapkan selera korang. Jadi kalau nafsu makan korang tinggi, minum lah teh ni.

 

4. Teh Putih

Teh ni agak pelik. Namun, kajian membuktikan teh putih ni boleh menghalang adipogenesis- proses pembentukan sel lemak. So, korang minum teh ni untuk membantutkan petumbuhan sel lemak.

 

5. Teh Herba

Ni pun lebih kurang teh mint tadi. Korang bancuh teh then letak lah benda-benda yang berkhasiat seperti halia, serai dan lain-lain. Letak madu pun boleh, tapi make sure mad utu asli lah.

 

Sumber: Maskulin