Siapa sangka, penemuan gen ‘manusia gua’ rupanya telah membantu para saintis untuk menghasilkan penawar baharu untuk masalah rambut botak atau gugur.
Menurut saintis di Universiti Kesihatan Utah dan Universiti Pittsburgh, penemuan itu boleh membawa kepada cara baru untuk menumbuhkan semula rambut selepas botak.
Selain kehilangan rambut oleh kerana keturunan dan berkaitan usia, ia juga boleh membantu mereka yang kehilangan rambut melalui kemoterapi dan alopecia, lapor The Daily Star.
"Kami telah mengambil pendekatan kreatif menggunakan kepelbagaian biologi untuk belajar tentang genetik kami sendiri
Kod genetik daripada 62 haiwan berbeza dibandingkan untuk mengetahui sebab berbeza daripada beberapa jenis beruk seperti gorila”, Dr Nathan Clark, dari University of Utah Health
Tahun lepas ubat untuk masalah rambut gugut dipuji kerana ia menunjukkan hasil yang menakjubkan dan kajian juga menunjukkan bahawa hampir separuh orang yang menggunakan ubat itu berjaya mengatasi masalah mereka dalam masa enam bulan.
Para saintis berkata rawatan itu menunjukkan "pencapaian baik" dalam mencipta ubat baharu untuk merawat kebotakan.
Alopecia areata adalah penyakit autoimun di mana folikel rambut diserang oleh sistem imun, menyebabkan rambut gugur.
Penyelidikan telah mendapati bahawa tiga daripada perempat lelaki botak percaya keguguran rambut mereka menghalang mereka daripada mencari cinta sejati.
Sumber: Mirror.co