Bermula 7 April ini, pencarum KWSP yang berusia 40 hingga 50 tahun dan ada tabungan berjumlah RM3,000 dalam Akaun 2 layak membuat pinjaman bank.
Menurut KWSP, dua bank yang menyediaka kemudahan pinjaman itu adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSM Bank dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) diantara 4 hingga 5% sahaja, jauh lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%.
Bagi menyemak kelayak dan amaun peribadi yang boleh dimohon, pencarum KWSP boleh melayari laman sesawang https://fsa2.kwsp.gov.my bermula 5 April ini.
Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu sekiranya anda ingin membuat permohonan bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP.
Apakah itu fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP?
- Ia merupakan satu kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
- Simpanan dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
- Pengeluaran ini bersyarat iaitu pembayaran hanya akan dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun.
Apakah manfaat fasiliti ini?
- Fasiliti sokongan ini menawarkan penyelesaian praktikal untuk ahli KWSP yang menghadapi isu ketidakcukupan tunai sementara dengan menyediakan aliran tunai melalui pembiayaan peribadi.
- Simpanan ahli akan kekal dalam Akaun 2 dan terus menerima dividen tahunan KWSP.
- Ia membolehkan ahli mengambil manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan mereka
Bagaimana FSA2 dilaksanakan?
Ia dilaksanakan dalam dua fasa.
- Fasa 1 (permohonan bagi ahli berumur 40 tahun ke atas) dibuka bermula 7 April 2023
- Fasa 2 (permohonan bagi ahli berumur dibawah 40 tahun) akan dimaklumkan kelak.
Bagaimana permohonan dapat dibuat?
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian.
- Ahli perlu membuat semakan awal kelakayan dalam Akaun 2 KWSP terlebih dahulu.
- Bermula 5 April 2023, ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon
Apakah syarat yang ditetapkan?
- Semua ahli KWSP di bawah umur 55 tahun boleh membuat notis awal untuk pengeluaran umur 50 tahun atau 55 Tahun,
- Syaratnya mereka mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
- Jumlah pembiayaan maksimum RM50,000 (tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP).
- Tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.
Bank apakah yang akan mengambil bahagian?
- MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- KWSP akan mempertimbang menambah peningkatan lebih banyak bank pada masa hadapan.
Apakah proses yang dilakukan pihak bank?
- Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini.
- Ia tertakluk kepada pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.
Berapakah kadar faedah yang dikenakan?
- Faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) antara 4% hingga 5%.
- Ia lebih rendah dan berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%.
Bagaimana pembayaran pembiayaan dibuat?
- KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank.
- Jumlah yang dibayar akan digunakan untuk menjelaskan baki pembiayaan peribadi, sekiranya ada, sebelum memulangkan sebarang lebihan kepada ahli.
Sumber: Astro AWANI / KWSP