Pembukaan Astro Experience Store Terbesar Di IOI City Mall

Astro bakal membuka Astro Experience Store terbesar di IOI City Mall, Putrajaya pada bulan ini. Ini adalah Astro Experience Store kedua selepas kejayaan pelancaran kedai pertamanya di Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Pembukaan ini bakal menawarkan pengalaman terbaik dalam mengetahui rangkaian produk dan perkhidmatan terkini Astro. 

Anda di jemput untuk menyertai pembukaan besar Astro Experience Store pada 28 Januari ini di Level 3, Phase 2 East IOI City Mall untuk menikmati tawaran menarik, persembahan hebat daripada artis-artis popular tempatan, sesi berjumpa peminat serta pelbagai aktiviti menarik di kedai tersebut! 

Tawaran Pembukaan Istimewa

  • Beli TV 4K 50-inci hanya RM1* apabila anda mendaftar atau menaik taraf ke Pek Platinum pada 28 Januari sahaja, terhad kepada 50 pelanggan pertama.

  • Dapatkan komputer riba Lenovo pada harga hanya RM1** apabila anda mendaftar untuk Astro Fibre 500 Mbps kendiri atau pakej bundle, terhad kepada 150 pelanggan pertama.

  • Para pelanggan Astro boleh memenangi hadiah eksklusif di kedai apabila mereka menunjukkan aplikasi My Astro mereka.

 

Aktiviti-Aktiviti Pembukaan Istimewa

  • Nikmati persembahan artis-artis popular tempatan seperti Jaclyn Victor, Datuk Syafinaz, Firdaus Rahmat, Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Naim Daniel.

  • Bertemu dengan barisan pelakon hebat daripada siri Projek: High Council – Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Fazziq Muqris, Naim Daniel, Yusof Hashim, Hazeeq Dean dan Kahoe Hon. 

  • Bawa anak-anak anda bersama dan ambil gambar dengan patung 3D gergasi 2.9m Bumblebee di kedai dan maskot kegemaran mereka termasuk Mechamato, Puss in Boots dan maskot CNY Astro, Wang Tu.

  • Saksikan sesi gaming yang menyeronokkan bersama pemain e-sukan legenda tempatan popular, SOLOZ bersama peminatnya.

  • Pelbagai aktiviti menanti termasuk booth kamera spin 360 The Masked Singer, sub-bola sepak Liga Perdana dan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan.

Selain itu, anda juga boleh menikmati pengalaman kandungan yang menyeronokkan daripada program-program Astro termasuk Ultra Box dan Astro GO di mana anda boleh strim siri drama baharu Projek: High Council, siri televisyen animasi Transformers: EarthSpark dan sukan siaran langsung seperti Liga Perdana tanpa gangguan hujan serta banyak lagi. 

Jangan lupa untuk sertai dan turut meraikan pelancaran Astro Experience Store baharu ini untuk mengetahui tentang Astro baharu dan anda juga boleh menangi hadiah menarik!