Membawa watak antagonist ataupun watak jahat ini bukanlah satu perkara yang mudah. Sebab tu la pentingnya untuk memilih pelakon yang sesuai untuk memegang watak penting ini. Kadang kala penonton akan lebih suka akan watak jahat berbanding watak hero, sebab mereka mampu meyakinkan penonton dengan lakonan mereka.
Tapi kan ada pelakon-pelakon Hollywood yang ‘dianugerahkan’ dengan wajah jahat semulajadi, yang menyebabkan mereka dikenali untuk memgang watak jahat sepanjang karier mereka.
Ramai saja pelakon yang berwajah jahat dalam industri filem tetapi berikut ni adalah pelakon-pelakon pilihan yang memainkan watak-watak jahat dengan semulajadi.
1. John Malkovich
Pelakon yang berstatus legend, John Malkovich banyak membawa watak-watak jahat dalam filem walaupun turut melakonkan watak-watak protagonist seperti dalam filem Red.
Lakonan John Malkovich yang dikenali ramai adalah dalam filem Con Air, beliau memegang watak bernama Cyrus the Virus yang mengetuai banduan-banduan yang terlepas dalam pesawat.
2. Willem Dafoe
Willem Dafoe memang seorang pelakon nyang berbakat kerana sering memainkan watak yang mempunyai split personaliti. Watak yang paling ikonik yang dibawa oleh beliau ialah Norman Osbourne (Green Goblin) dalam filem Spider-Man.
3. Christopher Walken
Terkenal dengan gaya percakapannya yang unik, Walken mempunyai aura yang menggerunkan dalam banyak watak yang dipegang. Antara filem-filem beliau yang terkenal adalah Nick of Time, Sleepy Hollow dan The Deer Hunter.
4. Steve Buscemi
Steve Buscemi mempunyai wajah yang tidak boleh dilupakan, dan juga dikenali untuk memegang watak-watak yang aneh. Beliau mencuri perhatian penonton dalam filem Con-Air apabila memainkan watak penjenayah yang paling ditakuti bernama Garland Greene yang perlu di tambat dan diikat pada setiap masa.
Sumber: iluminasi.com