Nenek 80 Tahun Bersaing Dalam Miss Universe Korea

Nenek yang dikenali sebagai Choi Soon-Hwa daripada Korea Selatan berpotensi mencipta sejarah sebagai peserta paling tua dalam pertandingan itu selepas berjaya menjadi finalis dalam Miss Universe Korea.

Choi bersama 31 peserta lain akan bersaing bagi merebut mahkota, sekali gus mewakili Korea Selatan di final Miss Universe di Mexico, November depan.

Hal ini terjadi selepas  penarikan semula had umur oleh Miss Universe Organization, selain turut mengemas kini kriteria kelayakan untuk membolehkan wanita hamil, ibu, dan wanita yang telah atau pernah berkahwin, menyertainya.

"Sekarang sekatan umur telah ditarik balik, saya beritahu diri saya, saya harus mencuba.

“Sama ada saya berjaya atau tidak, itu soal lain kerana saya berazam untuk mencuba," katanya. 

Jika Choi berjaya merangkul gelaran itu dan mara ke Mexico, maka dia akan menjadi peserta paling senior; lebih dua kali ganda daripada finalis tertua setakat ini yang berusia 40 tahun, Beatrice Njoya dari Malta.

 

Sumber: Awani