
Tema atau konsep garden wedding kini sering menjadi pilihan. Bali, Miami dan Maldives contohnya, merupakan antara lokasi favourite ramai.

Tapi tahukah anda di Negeri Sembilan juga terdapat satu lokasi perkahwinan yang ‘awesome’ dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai ‘Tempat Perkahwinan Terkemuka di Dunia?
Jadi tak perlu pergi jauh-jauh untuk melangsung majlis perkahwinan anda, kat sini pun ada!

Lexis Hibiscus Port Dickson telah mendapat pengikhtirafan pada peringkat akhir Anugerah Pelancongan Dunia (WTA) di Muscat Oman baru baru ini.

Resort atas air yang popular dengan pakej lokasi yang cantik, pantai berpasir yang indah, air laut kebiruan yang menakjubkan kini menjadi destinasi perkahwinan terbaik serta pelbagai pilihan tema dan khidmat perancangan perkahwinan professional yang hebat.

Lexis Hibiscus Port Dickson menawarkan pelbagai pilihan tema seperti tradisional melayu, perkahwinan ala barat, majlis klasik cina dan perkahwinan india.
Sumber: rileklah
Oleh: Khalie Azmi