Naim Daniel Kini Vokalis Kumpulan Muah! Kini Tampil Dengan Lagu ‘BFF’

Naim Daniel muncul dengan kumpulan kugirannya sendiri yang bergelar MUAH! Ia merupakan sebuah kumpulan yang berpusat di Kuala Lumpur. Menampilkan irama pop rock sebagai genre utama dalam penciptaan lagu mereka, kumpulan ini menampilkan Naim Daniel sebagai vokalis dan pemain gitar utama berserta, Zenith (gitar), Tasneem (Bass), Mairil (Deram),dan Ayai (Keyboard).

 

Dan sebagai buah tangan pertama mereka selepas bernaung di bawah Sony Music Entertainment Malaysia, kumpulan MUAH! tampil dengan lagu baharu pertama mereka yang bertajuk ‘BBF’.

 

Lagu BBF bertemakan masalah dalam perhubungan tentang seorang lelaki yang mempunyai kekasih namun pada masa yang sama kekasihnya itu mempunyai kawan lelaki lain yang cuba untuk menawan hatinya.

 

naim daniel kini vokalis kumpulan muah! kini tampil dengan lagu ‘bff’

“Lirik lagu ni kami tulis dengan sangat mudah dan penggunaan bahasa dalam lagu ni pun boleh dikatakan menggunakan bahasa pasar supaya apabila pendengar mendengar lagu ni, mereka akan lebih mudah memahami serta merasa dekat dengan kehidupan mereka,” jelas mereka tentang lagu ini.

 

“Kami juga saling bertukar idea untuk memastikan hasil lagu ini menjadi lebih baik. Sebelum kami mula merakam lagu BBF, kami pernah buat demo dan banyak kali berlatih di dalam studio. Dari versi pertama sampailah ke versi terakhir. Bila semua ahli kumpulan dah tahu bahagian masing-masing yang perlu dimainkan, kemudian barulah kami rakam lagu BBF,” jelas mereka lagi.

 

Bakal dikeluarkan pada 20 September 2024, ‘BBF’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.