Nah! Hukuman Lebih Berat Untuk Pemandu Mabuk

Kelmarin Dewan Rakyat dah meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.

Pindaan ni antaranya sediakan hukuman lebih berat untuk yang memandu dalam keadaan mabuk atau pengaruh dadah yang menyebabkan kematian.

Hukuman penjara minimum 10 tahun menanti. Denda pun naik jadi antara RM50,000 hingga RM100,000. Tak cukup lagi tu. Lesen memandu pun kena gantung paling kurang 10 tahun. 

Harap dengan cara ni berkuranglah kematian mangsa tak berdosa akibat dilanggar pemandu mabuk. Tak terbayang hiba dan derita keluarga yang ditinggalkan. 

Kalau ikut statistik PDRM, untuk 5 bulan pertama tahun ni dah 21 kes kemalangan babitkan pemandu mabuk dengan 8 orang maut kat seluruh negara.

Perdana Menteri pun sebelum ni dah mintak pihak berkuasa lebih tegas.

Yelah angka ni dah nak cecah jumlah kes keseluruhan tahun lepas iaitu 23 kes. Sedih.

nah! hukuman lebih berat untuk pemandu mabuk 

Oh satu lagi. Pernah memandu masa ngantuk? Kalau ya, nanti jangan buat dah. Bahaya untuk diri sendiri, bahaya juga kat orang lain. Kesalahan ni pun dah letak bawah kategori memandu secara melulu dan berbahaya.

Penjara 5 hingga 10 tahun, denda RM20,000 hinga RM50,000 dan tak boleh memandu selama 5 tahun. Ha ni hukumannya untuk kesalahan kali pertama dan menyebabkan kematian.

Secara peribadi KJ puji langkah kerajaan ni. Kita semua wajib bertanggungjawab, ya wajib menanggung dan menjawab semua perbuatan kita.

Oleh: KJ

Sumber & foto: AWANI, BERNAMA, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian & internet