Model jelita daripada Perancis, Marine El Himer berkongsi berita gembira bahawa dia mengumumkan dirinya telah memeluk agama Islam dan ini adalah saat yang paling terindah dalam hidupnya.

Marine yang merupakan seorang model yang popular, dan mempunya 1.5 juta pengikut di Instagram ada berkongsi beberapa keping gambarnya bertudung dan berada di Mekkah semasa dia menunaikan Umrah. Sangat cantik!
Menurut laporan, Marine sudah memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu dan langsung tidak mendedahkannya kepada umum sehinggalah dia sendiri yang berkongsi berita ini kepada peminatnya di laman akaun Instagram miliknya.
Marine juga ada berongsi sebuah video di mana dia melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan imam di sebuah masjid dan katanya ini adalah satu momen yang sangat indah bagi dirinya.
Sumber: GeoNews, Instagram @marinelhimer