The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia memperkenalkan menu musim panas terbaharu, Strawberries & Cream Ice Blended, yang bakal dijual di semua outlet mereka bermula 7 Julai 2023!

Dengan warna merah jambu yang memikat hati serta tekstur yang lembut, minuman ini pasti akan memberi kelegaan kepada pelanggan dalam cuaca Malaysia yang panas.
“Sama seperti Mint Chocolate Chip Ice Blended yang popular kami yang telah dibawa kembali ke outlet kami, kami ingin menginspirasikan rakyat Malaysia untuk menemui semula ‘Keterujaan Zaman Kanak-Kanak yang Sebenar’ melalui Strawberries & Cream Ice Blended kami,”

Kami sangat teruja untuk memperkenalkan minuman Musim Panas baharu ini, baik untuk mereka yang sekadar ingin memuaskan keinginan, ataupun ibu bapa yang ingin berkongsi detik istimewa dengan anak-anak mereka.” kata Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran dan Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.
Menu air Strawberries & Cream Ice Blended yang bakal dijual dengan harga RM18.90 (kecil), dan RM20.90 (biasa) memberikan kemanisan buah-buahan dengan potongan buah-buahan yang sebenar, ditambahkan lagi dengan tekstur yang lembut.

Lebih menarik, keluaran baharu ini juga boleh digandingkan dengan tambahan baharu dalam menu bermusim iaitu Summer Strawberry Tart, Strawberry Haze, Buttermilk Chicken Sandwich, serta Caesar Salad yang dibawa kembali untuk memenuhi selera para penggemar.