Mini Malaysia & ASEAN Culture Park di Ayer Keroh, Melaka

mini malaysia & asean culture park di ayer keroh, melaka

Rumah-rumah tradisional di Malaysia bukan saja mempunyai keunikan tersendiri malah ia melambangkan kehalusan seni bina setiap kumpulan etnik tersebut. Seni bina dan ukiran pada rumah membawa identiti sesuatu kaum yang terdapat di Malaysia. Korang tahu tak dalam sehari korang dah boleh jejak ke semua negeri di Malaysia kalau korang ke Mini Malaysia & ASEAN Culture Park.

Destinasi pelancongan ini terletak di Ayer Keroh, Melaka dan ia menjadi tarikan orang ramai dari dalam dan luar negara. Terdapat 13 rumah tradisional dibina sini dan setiap rumah mewakili setiap negeri di negara ini. 

Setiap rumah memiliki keunikan berdasarkan reka bentuk asli. Pengunjung berpeluang untuk masuk ke dalam rumah tapi dengan syarat tidak merosakkan barang-barang yang terdapat di dalam rumah itu. 

Pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung.  Antaranya mereka berpeluang untuk merasa kuih muih tradisional, mencanting batik, belajar menganyam ketupat dan tikar mengkuang. Selain ketahui tentang sejarahnya, paling best, apabila anda dapat lihat pelbagai barangan lama dan ketahui fungsi dan cara untuk gunakan barang barang tersebut. 

Selain itu, para pengunjung juga dihiburkan dengan pertunjukan dan persembahan kebudayaan. 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: libur.com