Michelle Yeoh Dinobat Ikon Majalah Time 2022

Selebriti Hollywood terkenal kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh baru-baru ini telah dinobatkan sebagai ‘Icon Of The Year’ oleh majalah antarabangsa, Time untuk tahun 2022.

Michelle Yeoh yang kini berusia 60 tahun berkongsi berita ini di laman Instagram miliknya, majalah popular, Time telah memberi pengiktirafan di atas segala sumbangan besarnya dalam industri perfileman antarabangsa.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TIME (@time)

Telah bergiat aktif dalam industri ini sejak dari tahun 1983, Yeoh telah mempunyai banyak rekod pencapaian yang tinggi sebagai seorang bintang paling berpengaruh di Asia sejak berdekat lalu.

Antara filem yang Yeoh pernah menjadi bintang utama adalah filem Hollywood James Bond 1997 “Tomorrow Never Dies,” ‘Crouching Tiger’, ‘Hidden Dragon’, ‘Crazy Rich Asians’, dan ‘Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings’.

Sumber: Instagram @Time