Semut Menghurung Mata Mayat Lelaki Yang Dibiarkan Di Hospital

 

semut menghurung mata mayat lelaki yang dibiarkan di hospital

Lima doktor termasuk pakar bedah sebuah hospital kerajaan di India telah digantung tugas apabila sebuah gambar memaparkan semut menghurung mayat seorang pesakit yang telah meninggal dunia.

Kejadian berlaku di Shivpuri itu mendapatkan kecaman pelbagai pihak terutama sekali di Madhya Pradesh. Dikatakan mayat tersebut dibiarkan beberapa jam di hospital dan gambarnya telah tular di media sosial.

"Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Ia sangat memalukan dan tidak boleh ditoleransi.

"Saya sudah mengarahkan siasatan dan tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab," kata Ketua Menteri, menerusi Twitter.
 

Dikatakan, pesakit yang dikenali sebagai Balchandra Lodhi itu telah mengidap tuberculosis atau tibi telah dimasukkan ke hospital terbabit pada pagi kelmarin. Setelah itu, dia telah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir lima jam kemudian.

Pesakit yang berada di wad yang sama telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak doktor. Namun, tiada sebarang tindakan diambil. Doktor yang mengesahkan kematiannya dikatakan langsung tidak menyentuh pesakit itu dan dua jururawat bertugas turut tidak melakukan apa-apa selepas melihat keadaan tersebut.

Apa yang menyedihkan, terdapat gambar yang menunjukkan isteri pesakit tersebut, Ramshri Lodhi terpaksa membersihkan mata suaminya sendiri yang dihurung semut.
 

Sumber: Astro Awani