Semakin Ramai Pelajar Berminat Dalam Jurusan Sains Komputer

Seiring dengan pembangunan teknologi yang pesat, komputer merupakan salah satu peranti yang boleh dikatakan perlu masa kini. Tambah pula dengan pandemik COVID19 yang memaksa ramai orang untuk bekerja dan melakukan urusan dari rumah, tidak hairanlah penggunaan teknologi kini semakin cepat membangun dan menjadi pilihan ramai untuk memahirkan diri dengannnya.

semakin ramai pelajar berminat dalam jurusan sains komputer

Satu kajian yang dijalankan oleh OKdo, berlaku pertambahan bilangan pelajar yang berminat untuk mempelajari jurusan sains komputer pada tahun 2021, jika dibandingkan tujuh tahun yang lalu.

 

Data diperoleh daripada bilangan pelajar yang menghadiri kursus komputer GCSE, iaitu kelayakan akademik yang diambil di England, Wales, dan Ireland Utara, menunjukkan seramai 79,964 pelajar menghadiri kursus sains komputer pada tahun 2021, berbanding 16,773 pelajar pada 2014.

semakin ramai pelajar berminat dalam jurusan sains komputer

Pertambahan sebanyak lima kali ganda itu mungkin disebabkan permintaan yang tinggi bagi kerjaya yang memerlukan kemahiran dalam sains komputer seperti:

  1. Pemaju Perisian Aplikasi
  2. Jurutera Perkakasan Komputer
  3. Pembangun Web
  4. Pemaju Perisian Sistem
  5. Penganalisis Sistem Komputer
  6. Pentadbir Sistem Rangkaian dan Komputer
  7. Penganalisis Kuantitatif
  8. Penganalisis Komputer Forensik
  9. Artis Multimedia atau Animator
  10. Penyelidik Penyelidikan Komputer dan Maklumat

 

Disebabkan berlakunya permintaan yang tinggi pada mereka yang mempunyai kemahiran dan kelayakan dalam sains komputer, tidak hairanlah gaji yang ditawarkan kepada mereka juga agak lumayan.

 

Di Malaysia, terdapat banyak institusi pengajian awam dan swasta yang menawarkan kursus pada pelbagai peringkat dalam sains komputer, antaranya seperti UiTM (Faculty of Computer and Mathematical Sciences), USM (School of Computer Science), UTM (Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat), UTEM (Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan juga UMP (Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian). Selain itu, ada juga kursus jangka pendek yang boleh diambil bagi melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan komputer sains yang anda boleh cari di carian internet.

 

Tambah lagi, teknologi seperti kepintaran buatan (AI), realiti berperantara (AR) dan juga realiti maya (VR) kini semakin kerap digunakan berbanding dahulu. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, teknologi-teknologi dan mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini sudah pasti akan mendapat lebih banyak permintaan pada masa akan datang.

 

Sumber: [1], [2]