
Peminat tegar The Beatles mesti tahu lagu Hey Jude kan?
Lirik lagu Hey Jude yang ditulis oleh Paul McCartney sendiri telah dijual enam kali ganda lebih tinggi dari anggaran semasa iaitu berjumlah $910,000 (RM 3 Juta lebih). Wow!
Item tersebut dijual pada hari Jumaat lalu dalam satu acara bidaan berkaitan The Beatles. Dalam acara tersebut lebih 250 item terjual termasuklah gitar, vinyl yang rare dan barang-barang yang ditandatangani kumpulan tersebut.
Menurut satu website, lirik yang berjaya dijual dengan harga begitu tinggi itu telah digunakan untuk merakam lagu tersebut ketika di Trident Studis di London. Lirik tersebut ditulis menggunakan pen berdakwat hitam dan mempunyai beberapa nota.
Sebenarnya, McCartney menulis lagu tersebut untuk menenangkan anak kepada John Lennon yang berhadapan dengan penceraian ibu bapanya. Tajuk asal lagu tersebut adalah “hey Jules” yang dinamakan bersempena nama anak lelaki Lennon, Julian.
Lagu tersebut menerima pelbagai pencalonan Anugerah Grammya seperti Record of The Year, Song of the Year, dan Best Pop Performance.
Sumber: CNN