Kecoh sebelum ini apabila pelakon Korea Selatan Lee Seung-gi mendedahkan hubungannya dengan pelakon Lee Da-in.
Lebih menggembirakan, Lee Seung-gi bersungguh mahu menamatkan zaman bujangnya pada bulan hadapan.
Bukan setakat itu sahaja, dia juga secara terbuka berkata yang dia sanggup berdepan segala risiko untuk hidup bersama cinta hatinya Lee Da-in.
“Sudah lama saya ingin memutuskan untuk berkahwin dan selepas memberitahu tentang berita tersebut saya lebih tenang.
“Dia (Da-in) benar-benar mencintai saya, meletakkan banyak usaha dan sentiasa berada di sisi saya,” katanya.
Sumber: Kosmo