Langkawi, rasanya sekali dalam seumur hidup mesti nak kena sampai kat sini sekurang-kurangnya sekali.
Langkawi ni kira pulau peranginan impian ramai. Pantai cantik, laut jernih, kadang tu ada dolphin tegur kat tepi bot, makanan pun best, boleh naik cable car, boleh beli…ehhhh boleh borong macam-macam sebab macam-macam ada! Lagipun pulau bebas cukai kan. Harga mesti padu!

Cuma ni nak bagi tau yang latest, Langkawi sekarang ni diisytihar sebagai hab coklat. Lagilah best. Memang kenalah dengan gelaran ‘syurga coklat’. Bila jadi hab so lagi banyaklah tarikan ‘bercoklat’ menggamit kita nak datang Langkawi! Katanya bukan takat muzium khas pasal koko ngan coklat, one stop centre jual macam-macam jenis coklat pun akan ada nanti. Yeahhh!
Oh ya, musim PKP ngan COVID-19 ni memang temanya melancong dalam negara jadi apa lagi, jom Langkawi! Majukan semula industri pelancongan tempatan. Gituh!
Jangan lupa borong coklat. Bagi kat family, BFF ngan kengkawan. Rajin memberi murah rezeki. Eccewah!
Oleh: KJ
Foto: Fort Worth Magazine, Shutterstock, AWANI & Internet