Perintah Kawalan Pergerakan dah pun bermula di mana korang tidak lagi dibenarkan melalukan aktiviti luar secara sesuka hati.
Bukan suka-suka, tapi arahan kerajaan ini adalah untuk pastikan agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan.
Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, ada di antara kita memang diberi cuti dan ada pula bekerja dari rumah. (macam penulis sekarang ni)
Jadi, bila tak boleh beriadah di luar, Institut Sukan Negara (ISN) ada keluarkan garis panduan macam mana nak kekal sihat bila berada di rumah.
Ada sepuluh jenis senaman di rumah korang boleh cuba, bermula dengan Jumping Jacks sampailah ke Lunges.
Apapun ISN ingatkan korang untuk pastikan bernafas dengan betul ketika lakukan senaman dan sediakan air untuk elak dehidrasi.
Jangan paksa diri korang untuk buat semua jenis senaman di atas dalam sehari sebab kita ada 14 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Lagi satu, sebelum mulakan senaman, pastikan tidak ada barang-barang berbahaya berhampiran korang, nanti dapat kecederaan lain pula.
*Sumber Foto - Institut Sukan Negara
*Oleh Shah Rahimin Rosle