Agensi Lee Jong Suk, HighZium Studio secara rasmi telah mengesahkan khabar angin di antara dia dengan penyanyi dan pelakon jelita IU, hanya beberapa jam selepas laporan awal oleh media 'Dispatch' dikeluarkan.
Menerusi kenyataan itu, HighZium Studio mendedahkan, "Lee Jong Suk dan IU baru-baru ini bertukar daripada kawan rapat kepada pasangan kekasih, dan mereka kini mengekalkan hubungan yang serius.
Terdahulu heboh apabila Lee Jong Suk mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang tidak disebutkan namanya dalam ucapan penerimaan anugerahnya di 'Anugerah Drama MBC 2022'.
Kemudian media 'Dispatch' secara eksklusif melaporkan percutian pasangan itu di Nagoya, Jepun, semasa cuti Krismas.
Manakala, agensi IU EDAM Entertainment juga telah mengesahkan tentang hubungan mereka.
"Kedua-duanya baru-baru ini bertukar daripada kawan rapat kepada pasangan kekasih."
Tahniah kepada pasangan baru ini!
Sumber: Allkpop