Yes, Pembayaran i-Sinar Sudah Dibayar Bermula Semalam

Pembayaran i-Sinar telah mula dibayar sejak semalam dan segala permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat sebelum 25 Februari bakal diberi kelulusan secara berperingkat.

i-sinar dibayar bermula semalam

Perihal tersebut juga membabitkan pemohonan yang masih menunggu kelulusan dan yang berstatus tidak lulus sebelum berlaku penambahbaikan pada syarat-syarat pengeluaran i-Sinar.
 

Terdahulu KWSP menetapkan syarat-syarat tertentu untuk pemohon i-Sinar.
 

Namun, syarat-syarat tersebut kemudiannya ditambah baik, menjadikan mereka yang berumur kurang dari 55 tahun, dan merupakan ahli KWSP boleh membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki.
 

Dalam pada itu, KWSP juga bakal membuka permohonan baru i-Sinar tanpa syarat mulai 8 Mac ini.
 

Permohonan tersebut sah buat mereka yang merupakan ahli KWSP dan berumur bawah 55 tahun, tertakluk kepada baki Akaun 1 masing-masing.
 

Permohonan yang memakan tempoh selama lima hari untuk diproses itu juga terbuka kepada ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.

i-sinar dibayar bermula semalam

Selain itu, mulai 8 Mac ini juga, ahli KWSP diberi peluang untuk membuat pindaan pada butiran permohonan mereka misalnya jumlah yang dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon dan mod bayaran menerusi laman i-Sinar Online.
 

Jumlah pengeluaran i-Sinar berserta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan pula kekal seperti mana yang diumumkan dahulu.

Ahli yang mempunyai jumlah simpanan sebanyak RM100, 000 dan ke bawah di Akaun 1 dibenarkan membuat pengeluaran hingga RM10,000.

Pembayaran bakal dibuat secara berperingkat menerusi bayaran pertama dengan jumlah maksimum RM5, 000 dalam tempoh maksimum enam bulan.
 

Sementara ahli yang mempunyai jumlah simpanan lebih daripada RM100,000 di Akaun 1 pula dibenarkan membuat pengeluaran hingga 10% daripada jumlah simpanan di akaun terbabit.
 

Tetapi, jumlah pengeluaran maksimum dihadkan kepada RM60,000 dan pembayaran bakal dibuat secara berperingkat menerusi bayaran pertama dengan jumlah maksimum RM10,000 dalam tempoh maksimum enam bulan.
 

Dalam pada itu, ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke atas serta mempunyai baki Akaun 1 kurang daripada RM150 tidak layak memohon kemudahan i-Sinar.
 

Sumber: The Star