Ini Senarai 4 Lokasi Hotspot Yang Kerap Sesak Di Lebuhraya LPT

Macam biasa geng, kalau dah tiba cuti panjang atau hujung minggu sudah pasti antara perkara yang kita kena hadap adalah Trafik Jem! Nak nak pulak kalau guna Lebuhraya LPT. Dah ready nak jalan ke tu? Nak ke Pantai Timur? Tunggu kejap! Berikut adalah kawasan hotspot trafik jem di Lebuhraya Pantai Timur

1. Gombak - Genting Sempah

ini senarai 4 lokasi hotspot yang kerap sesak di lebuhraya lpt

Lokasi ini kalau tak jem tu memang tak sah! Kebiasaannya pemanduan masa hujung minggu untuk laluan ini saja, kelewatan akan mencecah sehingga 1jam.

ini senarai 4 lokasi hotspot yang kerap sesak di lebuhraya lpt

Laluan alternatif anda boleh gunakan ialah Jalan Gombak Lama, tetapi agak mencabar juga kalau guna jalan ni, sebab hanya ada 2 lorong sahaja sepanjang perjalanan dan jalannya kebanyakan berliku-liku.

2. Bukit Tinggi - Bentong

ini senarai 4 lokasi hotspot yang kerap sesak di lebuhraya lpt

Laluan ini pula juga akan sesak kerana ketika menghampiri susur Bukit Tinggi , jalan dia pun mula “meninggi” . Maknanya pemandu akan melalui kawasan yang mendaki.

ini senarai 4 lokasi hotspot yang kerap sesak di lebuhraya lpt

Jadi, laluan alternatif dekat sini pulak boleh exit di Kg Bukit Tinggi kemudian guna Jalan Kuala Lumpur - Lentang untuk ke Bentong.

3. Plaza Tol Karak - Temerloh

ini senarai 4 lokasi hotspot yang kerap sesak di lebuhraya lpt

Haaa! Plaza Tol Karak ni memang port paling famous untuk jem, lagi-lagi semasa musim perayaan antaranya Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Kebiasaannya siapa nak balik ke Kuantan atau Kuala Terengganu memang terpaksa hadap Plaza Tol Karak dulu. Laluan alternatif dia, korang boleh guna Jalan Karak (Exit dekat Kg Cinta Manis). Dekat jalan ni korang akan melalui tiga pekan kecil iaitu Karak, Lanchang dan Mentakab. Kalau terliur nak makan ikan patin boleh berhenti sekejap di kawasan Mentakab.

4. Plaza Tol Kuala Terengganu

ini senarai 4 lokasi hotspot yang kerap sesak di lebuhraya lpt

Ini merupakan destinasi terakhir di dalam Lebuhraya LPT , sebenarnya lokasi ini akan sesak teruk dari Plaza Tol nak ke lampu isyarat berhampiran. Sebagai alternatif pengguna boleh keluar ke Plaza Tol Telemong dan guna jalan lama ke Sg Tong sekiranya ingin ke Setiu atau ke Kuala Terengganu.

ini senarai 4 lokasi hotspot yang kerap sesak di lebuhraya lpt

Apa-apa pun ini semua hanyalah rujukan untuk anda semua ketika ingin ke Pantai Timur pada waktu cuti panjang atau hujung minggu. Nak senang buka saja aplikasi WAZE atau Google Maps supaya korang boleh dapat laluan yang terbaik untuk sampai ke destinasi.

Selamat berhujung minggu!


Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin