Istana kaca Disney yang bernilai £50,000 (RM270,000) pecah berderai selepas dua orang kanak-kanak secara tak sengaja memusnah struktur hiasan itu.

Difahamkan, kedua-dua kanak-kanak itu bermain kejar mengejar di tempat pameran dan bukan itu sahaja, mereka juga dilaporkan telah memanjat tembok penghadang di muzium itu.
Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu telah meminta maaf dan berjanji akan bertanggungjawab untuk proses pembaikan. Malah, mereka juga telah meminta pihak Muzim Kaca Shanghai untuk menghantar bil kepada mereka untuk bayaran ganti rugi. Buat masa ini pihak muzim belum menyatakan jumlah kos kerosakan.

Istana kaca ini merupakan istana kaca terbesar di dunia dengan seberat 60 kilogram serta bahagian menaranya diperbuat daripada emas 24 karat. Proses menyiapkan istana kaca yang diinspirasi dari Istana Cinderlla ini pula mengambil masa 500 jam.

Menurut Daily Mail, pihak muzium telah menghubungi pencipta hiasan itu untuk kerja-kerja pembaikan, namum Migual Arribas dari Sepanyol tidak dapat berkunjung ke China pada masa ini kerana sekatan perjalanan yang dikenakan akibat krisis Coronavirus.
Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah kes pertama yang melibatkan hiasan pameran rosak yang berpunca dari kanak-kanak. Pada tahun 2016, dua orang budak lelaki telah merosakkan patung LEGO yang yang dibina tiga hari tiga malam. Tak sampai sejam selepas pameran LEGO bermula. Hmm!
Rasanya, insiden seperti ini tidak akan berlaku jika ibu-bapa dapat memerhati dan mengawal anak masing-masing. Tapi apa kan daya, nasi sudah menjadi bubur.