![19 november adalah hari tandas sedunia, sudahkah korang bersih tandas korang?](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/2019/september/tandas640_2.png)
Korang mesti tak tahu kan dalam calendar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebenarnya meraikan tandas?
Haaa kalau korang tak tahu sebenarnya, hari ini (19 November) merupakan hari tandas sedunia. Pada hari ini, PBB melakukan pelbagai acara tentang tandas.
Bukan itu sahaja, PBB juga menenkankan aspek kebersihan tandas. Berdasarkan PBB, biarpun dunia semakin maju bagaimanapun hampir 4.2 billion manusia di dunia ini hidup tanpa kemudahan tandas asas.
637 juta manusia terpaksa menangguh pembuangan air kerana tidak mendapat kemudahan tandas yang baik.
Perkara ini menyebabkan pelbagai masalah kebersihan yang mengakibatkan pelbagai punca penyakit merebak.
Setiap tahun, hampir setengah juta manusia telah mati akibat penyakit cirit-birit.
Jadi, jangan pandang rendah terhadap tandas korang! Hargailah tandas kita.
Sumber: Astro Awani