
Musim cuti persekolahan sudah pun bermula jadi masa akhir tahun inilah sekolah akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang. Tapi impian seorang ibu ini tidak tercapai apabila anak lelaki yang baru sahaja darjah 1 tidak mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang.
Ibu yang namakan dirinya sebagai Emilia (bukan nama sebenar) meluahkan rasa hati kecewanya di laman sesawang IIUM Confessions apabila mendapat khabar bahawa anaknya tidak dapat anugerah pelajar cemerlang.

Artikel tersebut disambung dengan harapan anaknya untuk mendapat 100% dalam peperiksaan dan rasa kecewa apabila anaknya mendapat B dalam salah satu mata pelajaran. Tambah pula rasa kecewa itu apabila melihat kawan-kawan memuat naik gambar dan video anak mereka mendapat anugerah di laman sosial media.

Luahan hati itu disambung dengan tekanan yang dirasai apabila melihat anak-anak saudara mara yang juga dapat anugerah tersebut dan berkongsi gambar di dalam WhatsApp group keluarga.

Posting tersebut diakhiri dengan ibu tersebut meminta pertolongan dan nasihat daripada netizen. Tetapi rata-rata netizen di laman sosial media Facebook dan Twitter tidak setuju dengan posting ibu tersebut kerana memberi tekanan yang teramat kepada anak kecil yang baru sahaja umur 7 tahun.



Ada seorang netizen berkongsi kisah anak-anaknya yang amat menyentuh hati.

Tidak mengapa jika anda tak dapat kelas pertama mahupun gagal mata pelajaran, yang penting mulianya akhlaknya dan sentiasa membuat amalan baik. Selamat bercuti sekolah.
Sumber: IIUM Confessions