Pengarah, Rashid Sibir memang dikenali dengan karya yang menyentuh perasaan dan mampu mengundang air mata penonton seperti ‘Pondok Buruk’, ‘Quran Buruk’, ‘Terbuka Pintu Syurga’, ‘Tanah Kubur’, kini telah kembali dengan filem terbaru iaitu Tilam Perca.
Tilam Perca adalah filem genre kekeluargaan yang mengisahkan tentang seorang nenek yang sanggup begadai nyawa dan harta untuk anak-anaknya, Pak Tan dan Pak Man.
Namun, nenek tetap dilayan hina oleh kedua-dua lelakinya serta menantu yang tidak berperikemanusiaan.
Sementara itu, orang kampung juga memandang hina terhadap nenek kerana menjaga cucu iaitu Akob yang seorang penagih. Namun Nenek sebagai ibu dan nenek masih cuba menerima semua dugaan dan masih menyayangi anak dan cucu.
Filem ini juga telah membawa barisan pelakon hebat tanah air seperti Norlia Ghani, Amerul Affendi, Nasir Bilal Khan, Datuk Jalaluddin Hassan, Didie Alias, Datuk Rahim Razali dan Faradhiya.
“Saya suka menghasilkan sebuah naskhah yang mengetengahkan tentang drama kekeluargaan. Kali ini saya membawa subjek kasih seorang ibu buat anak-anaknya. Saya yakin filem sebegini jarang dipersembahkan di platform Astro First jadi saya cuba tampilkan Tilam Perca buat penonton serta sumbangan saya pada industri”, kata Rashid Sibir
Saksikan filem Tilam Perca dan jangan lupa untuk sediakan tisu untuk mengesat air mata anda bermula 3 Disember ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 3 Disember 2022.