Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan Robert Douglas Friend yang juga bekas pemain profesional menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan bermula tahun 2025 nanti.
“Berasal dari Rosetown, Saskatchewan, Canada, Rob Friend yang bakal berusia 44 tahun pada 23 Januari depan hadir dengan portfolio hebat menerusi pembabitannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bola sepak selepas beliau bersara sebagai pemain pada Disember 2014.
“Rob Friend bermula sebagai rakan kongsi pengurusan di DRG Investment Group, sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan hartanah dari 2014 sehingga kini.
“Kemudian dari 2017 hingga 2021, beliau menjadi pengasas Toca Football Canada, teknologi latihan khusus bola sepak dan keluar dengan penuh berjaya apabila peningkatan modal syarikat berkenaan mencecah AS$150 juta (RM669 juta),” kata kenyataan itu.
Sumber: Kosmo