Fakta Fakta Menarik Dan Pelik Tentang Coklat

fakta fakta menarik dan pelik tentang coklat

Siapa yang tidak minat coklat memang akan disangka pelik. Coklat dinyatakan satu makanan yang boleh hilangkan stress dan menenangkan hati seseorang.

Terdapat tiga jenis coklat asas yang orang ramai perlu tahu iaitu Coklat Putih, Coklat Pahit dan Coklat Susu. Di sini ada beberapa fakta menarik dan pelik yang mungkin anda tidak tahu tentang coklat.

1. Sungai coklat wujud

fakta fakta menarik dan pelik tentang coklat
Dalam filem Willy Wonka & The Chocolate Factory yang ditayangkan pada tahun 1971, babak yang menunjukkan sungai coklat itu sebenarnya betul dan diperbuat daripada 15,000 gelen air yang dicampurkan dengan coklat dan krim. Namun, pelakon filem tersebut mendedahkan bahawa sungai tersebut cepat rosak dan mengeluarkan bau yang sangat dahsyat.

2. Coklat digunakan sebagai mata wang

fakta fakta menarik dan pelik tentang coklat

Biji koko digunakan sebagai mata wang kerana nilainya dianggap lebih daripada debu emas pada zaman Mayan. Namun, penanaman biji koko menjadi terhad supaya nilai koko sebagai mata wang tidak turun.

3. Thorntons membuat bar coklat terbesar di dunia

fakta fakta menarik dan pelik tentang coklat

Sebuah syarikat pembuat coklat antarabangsa, Thorntons membuat bar coklat yang terbesar di dunia dan memecah rekod dengan berat, 5,792.50 kg. Perkara tersebut dilakukan untuk meraikan ulang tahung ke-100 syarikat tersebut. 

4. Biskut cip coklat merupakan satu kemalangan

Siapa sangka biskut cip coklat kegemaran ramai orang merupakan satu kemalangan yang dilakukan oleh Ruth Wakefield pada tahun 1930. Ternyata apabila ingin biskut coklat, Ruth kekurangan bekalan coklat dan menggunakan serpihan coklat Nestle yang ada dengan harapan cokalt tersebut akan cair dan menjadikan biskut coklat. Tetapi sebaliknya, dia dengan secara tidak sengaja mencipta satu resipi yang baru dan menjual idea tersebut kepada Nestle.

5. Kerepek yang dicelup dalam coklat

fakta fakta menarik dan pelik tentang coklat

Ada yang gemar dengan makanan berkombinasi manis dan masin. Pada masa yang terhad, kerepek jenama Lays mengeluarkan satu produk kerepek yang dicelup dalam coklat susu. 

Pelik dan menarik semestinya. Apa lagi fakta menarik yang anda tahu tentang coklat. 

Sumber: ohmedia.my