
Menjelang cuti sekolah yang bermula Isnin ini, orang ramai diminta agar lebih berjaga-jaga ekoran penularan wabak Covid-19.
Menurut Persatuan Perubatan Malaysia kepada kami, amalan penjagaan kebersihan diri perlu jadi keutamaan bagi membendung penularan wabak itu.
Antaranya, kerap mencuci tangan dan pakai 'hand sanitizer' setiap kali menyentuh mana-mana permukaan ketika berada di luar rumah.
Tambahnya, aktiviti balik kampung dibenarkan namun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak sertai perhimpunan orang ramai dan melancong ke luar negara.
Sementara itu, semua program Kementerian Pendidikan seperti program sukan dan aktiviti kokurikulum sepanjang Mac ini ditangguhkan.
Menurut KPM, ia selaras dengan gesaan Kementerian Kesihatan agar semua perhimpunan orang ramai ditangguhkan ekoran penularan wabak Covid-19.
Malaysia kini merekodkan 158 kes dengan 32 daripadanya sudah pulih sepenuhnya.
Beberapa individu terkenal disahkan positif Covid-19.
Antaranya isteri Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, pengurus Arsenal, Mikel Arteta and bintang Chelsea, Callum Hudson-Odoi.
Oleh Nurul Izzati