Feast Of 7 Wonders Hidangan Ramadan Istimewa Oleh Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Bulan ramadan ini, Sheraton imperial Kuala Lumpur hotel bakal menyediakan “Feast 7 Of Wonders”, makan malam bufet yang dicipta dengan 7 hidangan ringan utama dari 7 wilayah oleh chef eksekutif, Chef Ewald Gonsalves. 

Bermula 25 Mac hingga 21 April 2023 pukul 6.30 hingga malam, anda boleh menikmati jamuan berbuka dengan pelbagai pilihan tempatan istimewa dari serata pelusuk dunia beserta pencuci mulut yang lazat. 

Hotel ini juga menyajikan makanan seperti ayam perap berempah Arab dari Syria, pilihan pasta, bakso daging angus klasik, stew kambing bersama kacang kuda dan tomato dari Maghribi dan banyak lagi. 

Sheraton Imperial Kuala Lumpur juga berharap dapat membuka peluang baharu untuk berinteraksi dan melibatkan diri dengan komunitinya melalui tawaran bilik termasuk bufet sahur yang menarik. 

Anda boleh mendapatkan baucar tawaran “early bird” dan biskut berinti eksklusif Sheraton Imperial serta tempahan berkumpulan untuk makan dan menyuarat semasa bulan perayaan yang akan datang.

Harga bufet dewasa: RM197 seorang dan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun pula: RM 97 seorang.