Wanita Ini Pecah Buah Pinggang Lepas Buat Urutan Turun Berat Badan

Kejadian di China, seorang wanita dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan untuk membuang separuh buah pinggangnya selepas sesi urutan penurunan berat badan yang dibuat secara kasar.

Menurut laporan, wanita yang berusia 41 tahun itu pada mulanya ingin menurunkan berat badan dengan bantuan urutan, jadi dia pergi ke sebuah spa di Hangzhou, wilayah Zhejiang China untuk sesi mengurut. 

wanita ini pecah buah pinggang lepas buat urutan turun berat badan

Ketika sedag diurut, wanita itu kemudian tidak dapat menahan sakit di perutnya, tetapi apabila dia memberitahu kepada tukang urut mengenai kesakitannya itu dia berkata bahawa itu hanya lemak yang meninggalkan badannya.

Oleh kerana itu, dia yakin yang sesi urutan itu menjadi, tetapi sakit di perutnya menjadi lebih teruk selepas dia pulang ke rumah.Beberapa jam selepas urutan wanita tersebut mula mengalami gejala seperti muntah dan cirit-birit. 

Keluarganya membawa wanita itu ke hospital, dan pada ketika itu dia sudah berada dalam keadaan separuh koma. Selepas mendengar bahawa dia mengadu sakit perut, doktor melakukan imbasan CT di perut dan mendedahkan yang angiomiolipoma telah pecah di buah pinggang kirinya.

Angiomyolipoma buah pinggang adalah tumor di dalam buah pinggang, biasanya ia tidak mempunyai sebarang gejala dan tidak mendatangkan bahaya. 

wanita ini pecah buah pinggang lepas buat urutan turun berat badan

Selepas memeriksa angiomyolipoma, doktor membuat kesimpulan bahawa, berdasarkan saiz tumor, ia sebenarnya tidak akan memberi kesan kepada wanita tersebut.  Tetapi oleh kerana urutan penurunan berat badan itu dibuat secara kasar, ia telah menyebabkan pertumbuhan itu pecah dan menyebabkan pendarahan yang besar. 

Selepas melakukan embolisasi arteri buah pinggang, wanita itu dibedah untuk membuang tumor dan separuh daripada buah pinggang kirinya tidak dapat berfungsi dengan normal lagi.

Wanita tersebut walau bagaimanapun dilaporkan masih dalam pemerhatian di unit rawatan rapi di sebuah hospital di Hangzhou.

Sumber: Odditycentral