Ini Bandar Yang Dibangunkan Atas Tebing Tinggi! Yang Takut Tinggi Jangan Pergi Tempat Ni

Kalau ingin membina rumah atau bangunan selalunya kita akan cari kawasan yang tanah rata dan selamat. Akan tetapi, di negara luar orangnya sangat tak takut tinggi sehingga membina bangunan atas tebing yang tinggi, bukan setakat 1 bangunan, sebuah bandar pula tu. 

1. Ronda, Sepanyol

ini bandar yang dibangunkan atas tebing tinggi! yang takut tinggi jangan pergi tempat ni

Bandar ini terletak pada ketinggian 750m dari aras laut di kawasan pergunungan Serrania Ronda de. Bangunan ini di bangunkan dengan gabungan sentuhan reka bentuk kuno dan modern, tapi sayangnya jambatan-jambatan indah yang ada dalam bandar ini mempunyai juga reputasi yang buruk disebabkan menjadi tempat untuk bunuh diri.

2. Castellfolit de la Roca, Sepanyol

ini bandar yang dibangunkan atas tebing tinggi! yang takut tinggi jangan pergi tempat ni
Kota yang terletak di Catalonia ini, berada tepat di antara aliran dua buah sungai, sungai Fluvia dan sungai Toronell. Kawasan tinggi ini terbentuk akibat pertemuan dari aliran Lava dan ia juga adalah salah satu bandar terkecil di Catalonia.


3. Santorini, Greece

ini bandar yang dibangunkan atas tebing tinggi! yang takut tinggi jangan pergi tempat ni

Dulunya kota ini dikenal dengan nama Stongli, dan sebenarnya tempat ni adalah sebuah pulau yang terletak di salah satu pulau di area kepulauan Cyclades. Pulau kecil ini terbentuk dari sebuah letusan gunung berapi.

4. Bonifacio, Perancis

ini bandar yang dibangunkan atas tebing tinggi! yang takut tinggi jangan pergi tempat ni

Bonifacio terletak di Pulau Corsica selatan Perancis. Disebakan hakisan daripada air laut, sebahagian bandar ini nampak seperti tergantung disebabkan tebingnya semakin menipis.