Sedang viral di Tiktok satu tren tidur sambil menggunakan pita pelekat untuk menutup mulut semalaman rupanya adalah satu perbuatan yang bahaya! Katanya, tren ini dilakukan untuk mengajar kita untuk tidak bernafas mengikut mulut.
Seorang pakar kesihatan tertarik untuk memberi hujah tentang perbuatan aneh ini dan memberi amaran kepada pengguna Tiktok untuk tidak mengikut tren ini.
Kata pakar, tren ini sebenarnya boleh membawa bahaya kerana ia akan menganggu sistem pernafasan kita ketika kita sedang tidur. Jika anda mahu mencubanya juga, anda dinasihati untuk berjumpa dengan pakar kesihatan dahulu. Tapi, lagi bagus kalau tak buat.
"Jika anda mempunyai masalah pernafasan, ya, ini boleh menjadi sangat berbahaya," kata pakar tidur Dr Raj Dasgupta kepada satu laporan media CNN.
Dikhabarkan bahawa tren ini mula menjadi viral kerana kononnya jika kita tidur dengan menutup mulut menggunakan pita pelekat, kita akan kekal kelihatan cantik walaupun ketika tidur. Dan jika kita tidur dan bernafas ikut mulut ia akan menyebabkan kita berdengkur, dahaga, mulut kering dan nafas berbau pada waktu pagi.
Terdapat banyak lagi cara yang lebih selamat untuk mengelakkan daripada berdengkur dan menggunakan pita pelekat ini adalah sangat tidak patut diikuti oleh orang ramai.
Sumber: UPI