Jenama makanan isi rumah terkemuka di Asia, Ayam Brand, telah meraikan ulang tahunnya yang ke-130. Sempena meraikan jenama yang sudah sekian lama dikenali kepada rakyat Malaysia, Ayam Brand memberi penghormatan kepada "rasa rumah" yang dicipta daripada pelbagai jenisnya produk oleh generasi rakyat Malaysia dengan kempen ulang tahun ke-130nya, “Taste of Home”.

Menurut petikan media, 130 tahun adalah perjalanan yang panjang bagi Ayam Brand untuk berkhidmat kepada masyarakat, dan mereka percaya bahawa ramai rakyat Malaysia tidak kira generasi telah menjadi sebahagian daripada Ayam Brand.
Untuk menghargai kejayaan ini, Ayam Brand membuat satu projek di mana 130 resipi telah digabungkan, seperti yang disumbangkan oleh cef selebriti tempatan dan rakyat Malaysia.
Buku e-resipi bertajuk ‘130-Years of Homely Goodness’ adalah edisi terhad, bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia tentang cita rasa rumah yang memberi inspirasi dalam masakan anda agar menjadi lebih menarik berasaskan daripada rangkaian produk makanan Ayam Brand.
Bukan itu sahaja, E-book itu akan mempamerkan beberapa idea resipi baharu dan sangat mudah untuk diikuti. Antara resipi yang unik adalah Pancake Sardin Kelapa dengan Kacang Bakar untuk sarapan pagi, Kway Teow Vegetarian untuk makan tengah hari, dan tumis ikan tenggiri dan mee soba untuk makan malam.
Kalau anda inginkan Ebook '130-Years of Homely Goodness' ini, anda boleh lawati https://www.ayambrand.com.my/ebook.
“Selaras dengan visi Ayam Brand sejak dari dahulu lagi untuk menyediakan makanan yang berkualiti tinggi dan terus komited untuk menyediakan produk makanan dalam tin yang mudah disediakan dan sihat” Kata Chin Lee Foon, Pengurus Am A. Clouet Co. KL Sdn Bhd.